Wednesday, February 19, 2020

Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini



ANTARA perkara yang masih menjadi misteri di kalangan pemilik dan penunggang motosikal adalah apakah maksud di sebalik kod dan simbol yang tertera pada tayar?
Ramai sedia maklum tentang maklumat saiz tayar yang boleh dilihat menerusi kombinasi 4 atau 5 nombor seperti 80/90, 90/80, atau 120/70. Tetapi tahukah anda, selain saiz, terdapat kira-kira 20 tanda yang anda boleh ketahui dengan mentafsir kod dan simbol rahsia tayar motosikal?

 
Tidak perlu garu kepala lagi, kami ada jawapannya melalui infografik di bawah ini yang disediakan pengeluar tayar motosikal terkenal, Metzeler.

* Baca bersama gambarajah di atas ini sebagai rujukan
1. Jenama Tayar [MERTZELER] - Biasanya diimprin dalam fon bersaiz besar yang menonjolkan nama pengeluar.
2. Kod Stail / Variasi Tayar [ME880] - Bagi membezakan model-model keluaran.
3. Nama Tayar [MARATHON] - Sama fungsi seperti kod stail / variasi tayar, dan biasanya diletakkan sebelah menyebelah.
4. Lebar Tayar [120mm] - Dinyatakan dalam milimeter (mm) dan diukur secara serenjang dari sisi kiri ke kanan tayar.
5. Tinggi Tayar [70] - Dinyatakan dalam nisbah peratus kepada lebar tayar. Seperti contoh gambar di atas, 70 bermaksud 70 peratus daripada lebar tayar 120mm = 84mm.
6. Penunjuk Binaan Frem Tayar [*R] - Boleh didapati sama ada kosong, B atau R. Jika 0 atau B bermaksud frem 'Bias Ply', manakala R pula frem 'Radial'. Tayar dengan frem Bias Ply terbina daripada struktur fleksibel yang sesuai untuk kegunaan praktikal, seperti membawa beban berat. Sebaliknya, tayar dengan frem Radial sesuai untuk tunggangan prestasi tinggi kerana struktur yang lebih tegar, dan dapat membebaskan haba lebih cepat.
7. Diameter rim [19] - Saiz rim yang sesuai dipadankan dengan tayar. Dinyatakan dalam ukuran inci - 19"
8. Label M/C - Info untuk memaklumkan bahawa tayar tersebut dihasilkan untuk kegunaan motosikal, bukan lori, kereta atau pesawat pejuang. ðŸ˜›
9. Indeks Beban dan Kelajuan [60W] - Menunjukkan kesesuaian tayar untuk menampung beban dan kelajuan yang tidak melebihi nilai tertentu. Sesetengah pengeluar menggunakan rating Z yang diletakkan sebelum saiz rim. Itu menandakan tayar itu adalah jenis yang sesuai untuk kegunaan sportbike dengan had kelajuan lebih 240kmj. Indeks rating kelajuan kini sudah dikemas kini dengan W dan Y.
Berdasarkan maklumat di atas, tayar tersebut mampu menampung beban (60) hingga 250kg, manakala kelajuan (W) hingga lebih 270kmj.
Indeks Rating Bebanan
Indeks Rating kelajuan
10. Penunjuk Jenis Tayar [TUBELESS] - Sama ada tayar jenis tiub atau tanpa tiub (tubeless).
11. Kadar Isian Angin dan Had Beban [MAX LOAD 520 LBS AT 42 PSI COLD] - Ditentukan semasa keadaan tayar masih sejuk. Tayar tersebut mampu menampung berat maksimum 520 paun (235.8kg), manakala isian angin ialah 42psi.
12. Negara Asal Pengeluar [MADE IN GERMANY].
13. Kod Pengiktirafan DOT - Menandakan pembuatan tayar itu melepasti standard piawaian Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DOT)
14. Arah Pusingan Tayar - Menentukan arah pemasangan tayar seperti yang ditentukan oleh pengeluar.
15. Dot Penunjuk Imbangan Tayar [0] - Menunjukkan bahagian tayar paling ringan yang diuji pengeluar. Kebiasaannya, dot itu diselarikan dengan kedudukan injap tayar, dengan anggapan bahagian injap ialah bahagian paling berat pada rim motosikal.

16. Info Lanjut Binaan Frem Tayar [TREAD: 2 PLIES RAYON + 1 PLY STEEL; SIDEWALL: 2 PLIES RAYON] - Menunjukkan material frem seperti besi dan sebagainya.
17. TWI - Maklumat terletak indikator haus yang biasanya terletak dalam alur bunga tayar.
17(a). Simbol Segitiga - Seperti TWI, menunjukkan posisi penentuk kehausan tayar. Rujuk gambar di bawah.

18. Kod Tarikh Pengeluaran - Dinyatakan dalam 4 digit. 2 digit hadapan ialah minggu, dan 2 digit seterusnya ialah tahun pengeluaran. Kod tersebut penting kerana kebanyakan pengeluar menentapkan jangka hayat tayar dalam 5 tahun sahaja daripada tarikh pengeluaran. Anda boleh gunakan maklumat berkenaan untuk meminta penjual mengurangkan harga tayar, bergantung baki tahun jangka hayat.

BONUS


Indikator Sudut Kemiringan - Sesetengah tayar yang dihasilkan untuk kegunaan sportbike seperti Metzeler Sportec M5 di atas ini, turut disertai penunjuk sudut kemiringan. Indikator ini sesuai buat 'kaki leper' atau mereka yang baru belajar teknik mengambil selekoh!

JENAMA TAYAR MENGIKUT JENAMA DAN GRED DI SELURUH DUNIA.......
**Premium Brand Tyres (Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)

**Mid Range Brand Tyres (Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)

**Economy Brand Tyres (Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)

**Budget Brand Tyres (Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini




(Premium Brand Tyres)
Bridgestone
Continental
Dunlop
Goodyear
Michelin
Pirelli
  

Yokohama


(Mid Range Brand Tyres)
Avon
BFGoodrich
Cooper
Falken
Firestone
Fulda
General
Hankook
Kumho
Marangoni
Nokian
Toyo
Uniroyal
Vredestein

(Economy Brand Tyres)
Achilles
Apollo
Barum
Ceat
Dayton
Debica
Dmack
ESA Tecar
Federal
GT Radial
Hercules
High Performer
Infinity
Interstate
Kenda
Kleber
Kormoran
Marshal
Matador
Maxtrek
Maxxis
Meteor
Millennium
Nankang
Neuton
Nexen
Nitto
Prestivo
Radar
Riken
Sava
Semperit
Silverstone
Sumitomo
Sunny
Tigar
Viking
westlake tyres
Zeetex
Zeta

(Budget Brand Tyres)
Accelera
Admiral
Altenzo
Austone
Autogrip
BCT
Dextero
Duran
Event
Evergreen
Forceum
Fortuna
Fullrun
Fullway
Gislaved
Goodride
Haida
Hero
Herse
Hifly
Jinyu
Landsail
Lassa
Linglong
Maloya
Mastercraft
Mastersteel
Mohawk
Petlas
Platin
Primewell
Roadstone
Rockstone
Rotalla
Runway
Sailun
Sportiva
Star Performer
Starfire
Starmaxx
Sunew
Sunitrac
Syron
Tracmax
Triangle
Tyfoon
Wanli
Westlake
Moga bermaafaat dan dapat membantu😉






**Premium Brand Tyres (Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)

**Mid Range Brand Tyres (Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)


 **Economy Brand Tyres (Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)




**Budget Brand Tyres (Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini

Tip-tip tayar Motorsikal

Pertanyaan yang diajukan..
Ajez : aku pakai moto rim asal pasni aku ingat nak tayar yang besar dan tebal ingat cari FKR keIRC pakai tt9 atau tt100 mana bagus.kerana aku 5 kali seminggu aku ulangalik jauh lebih 34 km sehari.tayar aku dah pancit 3 kali dalam masa kurang sebulan.pernah tayar pancit tiba2 bawak laju xsident jatuh kat jalan habis lutut tangan luka. yang tiga kali bocor tu tayar kat belakang. hari tu yg pancit kali ke 2 pekedai tu ade tukar tayar moto free dia bagi tayar dunlop.oklah tu tak lah licin macam tayar sebelumnya tapi masih pancit lagi atau mungkinkah rim yang menyebabkan tayar pancit. ade jugak yang syorkan kat aku suruh pakai tayar tubeles tapi mahal sangat...kene tukar kepada rim sport lagi. Apa cadangan bro brapa kos. aku ni kurang pandai dalam bab macam ni.
Jawapan kami: Uiiihhh panjangnyer soalan ni... macam mana nak jawab...Macam orang tua selalu cakap,malang mana ada bau langsung. tayar MOTOR PANCIT. pastu menolak motor cari kedai motor......tolak tolak tolak..
Tayar pancit secara tiba-tiba ketika anda sedang menunggang motorsikal?Jika pernah, apa yang anda lakukan ketika itu & apakah nasib anda ketika itu samada terjatuh atau anda dapat mengawal motorsikal anda daripada jatuh?
Berikut adalah tips-tips yang ingin dikongsi jika anda berhadapan dengan situasi tersebut
Terdapat 2 situasi tayar pancit..
1.Petanda2 amaran tayar pancit
Situasi dimana angin dari tayar keluar secara perlahan-lahan dan anda boleh perasaan perubahan tersebut terutama sekali ketika anda sedang membelok. Motor akan terasa berat dan berada dalam keadaan tidak stabil dan terhoyong-hayang. Ini mungkin kerana terdapat bocor yang kecil pada bahagian tayar akibat tercucuk benda-benda tajam seperti paku, pin, batu & sebagainya yang menyebabkan angin keluar daripada tayar sedikit demi sedikit.
2.Tayar pancit tanpa amaran
Situasi Tayar tiba-tiba meletup atau dimana angin dalam tayar keluar secara pantas dan mengejut tanpa memberi anda sebarang tanda atau amaran. Ini mungkin akibat kerana tayar motor tersebut terkena benda tajam dan mengalami bocor yang besar seterusnya menyebabkan tayar kempis secara tiba-tiba. Situasi ini biasanya susah untuk dikawal kerana angin dalam tayar keluar secara total.
Apa yang perlu anda buat?
1) Jika tayar belakang pancitTayar belakang motorsikal yang selalu pancit kerana beban yang lebih dibahagian belakang, terutama sekali jika membonceng orang dibelakang. Sebab itu saiz tayar belakang direka lebih besar berbanding tayar hadapan.
Cuba untuk perlahankan motorsikal anda. Jangan brek secara tiba-tiba. Kawal motor anda sebaik mungkin agar tidak terbabas ketengah jalan. Jangan panik tumpukan perhatian untuk memberhentikan motorsikal anda dengan selamat supaya tidak terjatuh. Biasanya situasi ini lebih senang dikawal kerana anda masih boleh mengawal keseimbangan handle motorsikal.
2)Jika tayar hadapan pancit
Situasi ini lebih berbahaya kerana ia susah untuk dikawal. Anda akan hilang kawalan terhadap motorsikal kerana handle tidak berfungsi seperti biasa. Jika tayar hadapan motorsikal yang pancit secara tiba-tiba, anda hanya ada masa lebih kurang 5 saat untuk mengawal motorsikal anda. Situasi 50-50 berlaku samada anda dapat mengawalnya dari terjatuh ataupun tidak.
3)Jika tiba2 pancit hilang kawalan motorsikal
first jangan panik..Jika anda tidak dapat mengawal motorsikal anda ketika itu, cuba elakkan dari jatuh ke sebelah kanan jalan bagi mengelakkan anda dilanggar oleh kenderaan lain. Peluang anda untuk dirawat sebagai pesakit luar di hospital berdekatan lebih cerah jika anda jatuh ke sebelah kiri bahu jalan. Tetapi, jika anda terjatuh ke sebelah kanan jalan anda tidak akan dirawat sebagai pesakit luar, malah mungkin lambat keluar dari hospital.
Tip-tip berguna Pilih Tayar Motorsikal
1. Periksa tayar motorsikal anda sebelum memulakan perjalanan. Pastikan cukup angin tidak terlalu keras atau lembik. Tukar tayar yang baru jika bunga tayar sudah botak.Perhatikan keadaan kehausan tayar motosikal anda kerana setiap bentuk kehausan memberitahu sesuatu bentuk masalah mekanikal.
2. Berhati-hati ketika melalui kawasan yang sedang dalam pembinaan jalan atau kawasan yang kerja-kerja penggalian lubang sedang dijalankan kerana terdapat objek-objek yang tajam di kawasan tersebut. Objek-objek tersebut boleh menyebabkan tayar motorsikal anda pancit dan bocor.
3.Mari kita mengenali jenis tayar motorsikal..
Setiap pemilik motosikal ingin memiliki tayar yang terbaik untuk motosikal mereka.. Menurut satu kaji selidik yang telah dibuat antara jenama-jenama tayar pilihan yang diorang rasa bagus digunakan sering di gunakan tak kiralah mat rempit atau pemandu berhemah

Tapi itu pendapat masing masing lerrr... cuma aku hanya nak kongsi beberapa jenis tayar ajer kat sini... dari segi performance... jangkamasa tayar ni....
Ada yang suka FKR harga boleh lahh....... bunga pon tebal..Cuma ada yang cakap pakai FKR RS900 80/90 ni tayar x berapa nak grip time brake emergency dan berat.. Agak licin ketika hujan. Ketika nak amik selekoh, tayar ni terasa seakan-akan membuang..kalau guna farrelli F900...bunga nampak macam tt100 dah try sangat licin on dry road.. Tak berapa sesuai untuk amik selekoh pada high speed Cuma kalau bagusnyerr Pancit boleh naik
Aku tak kisah mana-mana model TT ni.. TT100, TT500 or TT900 suma bule layan....
tapi utk cornering TT900.. utk wet handling TT100.. dunlop TT900 pergh layan lap memang best.. motor pun ringan.. tapi time hujan x grip langsung brek skit senang gelungsur seb baik x sondol kete member aku masa dia kuar simpang x bagi signal. x bleh pakai punya member hak2 kalau dunlop TT100 saiz 80/90, masa ni trend tayar besar layan lap best siut.. tapi motor berat pick up x de kena set balik sprocket leceh.lagi satu kalau pakai TT100 saiz 70/80 la layan lap dan time hujan ada grip.. for both aku rasa TT500 arrr...tapi kalo bawak takat 80kmh... mana pun ok daaaa....
Bagi aku layan korner ngan tayar ni, cukup mencengkam. tayar IRC yg cubprix siam pakai, tapi kat malaysia tayar ni tak popular. sebab ia tayar racing. Bunganya halus lembut serta berselerak ok. Kalau tayar MICHELIN 90/80 tayar Michelin terbukti dengan cengkaman yang baik tetapi bunga tayar sebegini amat berbahaya untuk digunakan sebagai tayar hadapan.. lagi satu tah kenapa lah bunga dia cepat abis. Lagi satu pernah sekali cuba test pakai Michelin Pilot Sporty grip hanya pada jalan yg panas..... tayar hard compound tapi cepat botak.... dalam hujan....masyaallah.....
4. Gunakan tayar tubelessGunakan tayar tubeless (tayar tanpa tiub di dalamnya). Tayar ini lebih selamat dan tahan lasak berbanding tayar-tayar biasa. Struktur dalamannya lebih kuat serta teguh & tidak memberikan impak yang besar jika ia tiba-tiba pancit. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana ketika pancit.
Anda juga boleh menampal sendiri kebocoran pada tayar jika berada dalam situasi kecemasan dengan cepat dan pantas, berbanding menukar tiub bagi tayar biasa. Jika bocor, harga bagi menampal tayar jenis ini lebih murah dari harga tiub motorsikal. Harga tayar tubeless agak mahal sedikit tetapi amat berbaloi demi keselamatan anda.
Tayar Tubeless Memang Berbaloi
Pakai tubeless pun pancit juga. Tapi biasanya, kalau setakat kena paku tu, sempat lagi cari workshop, atau pam kat stesen minyak. bukan susah nak pancit.....dia kalau pancit, pancit jugak tapi...angin dia keluar skit2.......sebab tayar tubeless tidak menggunakan tiub.....kosong di dalamnya....so apabila terkena paku atau benda tajam.....paku tersebut akan melekat dah bertindak sebagai penahan angin dari keluar (tapi kalau biar lama2 kempis jugak tayar tu).....berbeza tayar bertiub...kerana....tiub lagi nipis dari tayar luar....so...koyakan pada tiub besar dan sememangnya angin keluar menderu2 la.......
Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan.
Bajet Tukar Tubeless
Tayar tubeless (heavy duty) RM130 sepasang + Sport Rim RM110 sepasang (tayar depan dan belakang). Total cuma RM240
Rim biasa tak boleh pakai tayar tubeless. Kalau guna tayar tubeless mesti guna sport rim. Tak kisah la berapa spike korang nak yang penting sport rim.. Pemilihan sport rim bertayar tubeless lebih selamat untuk tunggangan seharian. Penggunaan sport rim lebih ringan sebenarnya meningkatkan kuasa motosikal kerana peningkatan nisbah kuasa-ke-berat (power-to-weight ratio). Kuasa yang sedia ada dapat menggerakkan motosikal dengan lebih baik kerana berat bebanan keseluruhan menurun .
Kalau pancit,Kos tukar tubeless pun tak mahal. Jauh lebih jimat Tubeless cuma RM5!berbanding tak pakai tubeless kalau tukar tube motor RM 14...(tiub yang bagus) dan lagi satu kalau tak jumpa kedai motor, workshop kereta pun boleh buat! Hm, itulah yang istimewanya tayar tubeless ni. Kalau pomen jalanan, harganya tak kurang RM20 sekali tukar. Kalau tiap-tiap bulan kena? Huh...
Lagi satu, kalau selalu pancit, tayar pun cepat rosak. Kos tukar tayar lebih kurang RM50 - RM65 sekarang ni.
Kesimpulannya, saya nasihatkan semua sahabat yang kerap bermotosikal bertukarlah kepada tayar tubeless. Very cost-effective! InsyaAllah.
Penggunaan Tire Guard Sealant
Tire Guard sealant dimasukkan kedalam tube/tubeless melalui lubang angin. cairan Tire Guard sealant akan meliputi dalam tayar dan membentuk sebuah lapisan yang melindungi tayar dari dalam.

Memang kalau guna Tire Guard sealant ni kita tak sedar pun tayar kiter bocor tercucuk paku ke, skrew ke duri ke, dawai kerr..bila bocor jer terus tampal automatik memang berkesan mencegah kebocoron tayar.. Satu botol sealant untuk satu tayar jela..kalo 2 tayar 2 botol lah. sealant ni untuk kemudahan di kala kita tak jangka..Cuma tayar berat la sikit sebab ade liquid sealant dalam tayar kan.

Duit boleh cari, keselamatan yang paling penting. Tinggalkanlah teknologi lama (yang dicipta sejak tayar dicipta), beralihlah kepada tubeless lebih selamat lagi