Tip-tip tayar Motorsikal

Pertanyaan yang diajukan..
Ajez : aku pakai moto rim asal pasni aku ingat nak tayar yang besar dan tebal ingat cari FKR keIRC pakai tt9 atau tt100 mana bagus.kerana aku 5 kali seminggu aku ulangalik jauh lebih 34 km sehari.tayar aku dah pancit 3 kali dalam masa kurang sebulan.pernah tayar pancit tiba2 bawak laju xsident jatuh kat jalan habis lutut tangan luka. yang tiga kali bocor tu tayar kat belakang. hari tu yg pancit kali ke 2 pekedai tu ade tukar tayar moto free dia bagi tayar dunlop.oklah tu tak lah licin macam tayar sebelumnya tapi masih pancit lagi atau mungkinkah rim yang menyebabkan tayar pancit. ade jugak yang syorkan kat aku suruh pakai tayar tubeles tapi mahal sangat...kene tukar kepada rim sport lagi. Apa cadangan bro brapa kos. aku ni kurang pandai dalam bab macam ni.

Jawapan kami: Uiiihhh panjangnyer soalan ni... macam mana nak jawab...Macam orang tua selalu cakap,malang mana ada bau langsung. tayar MOTOR PANCIT. pastu menolak motor cari kedai motor......tolak tolak tolak..

Berikut adalah tips-tips yang ingin dikongsi jika anda berhadapan dengan situasi tersebut
Terdapat 2 situasi tayar pancit..
1.Petanda2 amaran tayar pancit

2.Tayar pancit tanpa amaran

Apa yang perlu anda buat?
1) Jika tayar belakang pancit
Tayar belakang motorsikal yang selalu pancit kerana beban yang lebih dibahagian belakang, terutama sekali jika membonceng orang dibelakang. Sebab itu saiz tayar belakang direka lebih besar berbanding tayar hadapan.


2)Jika tayar hadapan pancit

3)Jika tiba2 pancit hilang kawalan motorsikal

Tip-tip berguna Pilih Tayar Motorsikal
1. Periksa tayar motorsikal anda sebelum memulakan perjalanan. Pastikan cukup angin tidak terlalu keras atau lembik. Tukar tayar yang baru jika bunga tayar sudah botak.Perhatikan keadaan kehausan tayar motosikal anda kerana setiap bentuk kehausan memberitahu sesuatu bentuk masalah mekanikal.
2. Berhati-hati ketika melalui kawasan yang sedang dalam pembinaan jalan atau kawasan yang kerja-kerja penggalian lubang sedang dijalankan kerana terdapat objek-objek yang tajam di kawasan tersebut. Objek-objek tersebut boleh menyebabkan tayar motorsikal anda pancit dan bocor.
3.Mari kita mengenali jenis tayar motorsikal..
Setiap pemilik motosikal ingin memiliki tayar yang terbaik untuk motosikal mereka.. Menurut satu kaji selidik yang telah dibuat antara jenama-jenama tayar pilihan yang diorang rasa bagus digunakan sering di gunakan tak kiralah mat rempit atau pemandu berhemah
Tapi itu pendapat masing masing lerrr... cuma aku hanya nak kongsi beberapa jenis tayar ajer kat sini... dari segi performance... jangkamasa tayar ni....


Aku tak kisah mana-mana model TT ni.. TT100, TT500 or TT900 suma bule layan....
tapi utk cornering TT900.. utk wet handling TT100.. dunlop TT900 pergh layan lap memang best.. motor pun ringan.. tapi time hujan x grip langsung brek skit senang gelungsur seb baik x sondol kete member aku masa dia kuar simpang x bagi signal. x bleh pakai punya member hak2 kalau dunlop TT100 saiz 80/90, masa ni trend tayar besar layan lap best siut.. tapi motor berat pick up x de kena set balik sprocket leceh.lagi satu kalau pakai TT100 saiz 70/80 la layan lap dan time hujan ada grip.. for both aku rasa TT500 arrr...tapi kalo bawak takat 80kmh... mana pun ok daaaa....
Bagi aku layan korner ngan tayar ni, cukup mencengkam. tayar IRC yg cubprix siam pakai, tapi kat malaysia tayar ni tak popular. sebab ia tayar racing. Bunganya halus lembut serta berselerak ok. Kalau tayar MICHELIN 90/80 tayar Michelin terbukti dengan cengkaman yang baik tetapi bunga tayar sebegini amat berbahaya untuk digunakan sebagai tayar hadapan.. lagi satu tah kenapa lah bunga dia cepat abis. Lagi satu pernah sekali cuba test pakai Michelin Pilot Sporty grip hanya pada jalan yg panas..... tayar hard compound tapi cepat botak.... dalam hujan....masyaallah.....tapi utk cornering TT900.. utk wet handling TT100.. dunlop TT900 pergh layan lap memang best.. motor pun ringan.. tapi time hujan x grip langsung brek skit senang gelungsur seb baik x sondol kete member aku masa dia kuar simpang x bagi signal. x bleh pakai punya member hak2 kalau dunlop TT100 saiz 80/90, masa ni trend tayar besar layan lap best siut.. tapi motor berat pick up x de kena set balik sprocket leceh.lagi satu kalau pakai TT100 saiz 70/80 la layan lap dan time hujan ada grip.. for both aku rasa TT500 arrr...tapi kalo bawak takat 80kmh... mana pun ok daaaa....

4. Gunakan tayar tubeless
Gunakan tayar tubeless (tayar tanpa tiub di dalamnya). Tayar ini lebih selamat dan tahan lasak berbanding tayar-tayar biasa. Struktur dalamannya lebih kuat serta teguh & tidak memberikan impak yang besar jika ia tiba-tiba pancit. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana ketika pancit.

Anda juga boleh menampal sendiri kebocoran pada tayar jika berada dalam situasi kecemasan dengan cepat dan pantas, berbanding menukar tiub bagi tayar biasa. Jika bocor, harga bagi menampal tayar jenis ini lebih murah dari harga tiub motorsikal. Harga tayar tubeless agak mahal sedikit tetapi amat berbaloi demi keselamatan anda.
Tayar Tubeless Memang Berbaloi
Pakai tubeless pun pancit juga. Tapi biasanya, kalau setakat kena paku tu, sempat lagi cari workshop, atau pam kat stesen minyak. bukan susah nak pancit.....dia kalau pancit, pancit jugak tapi...angin dia keluar skit2.......sebab tayar tubeless tidak menggunakan tiub.....kosong di dalamnya....so apabila terkena paku atau benda tajam.....paku tersebut akan melekat dah bertindak sebagai penahan angin dari keluar (tapi kalau biar lama2 kempis jugak tayar tu).....berbeza tayar bertiub...kerana....tiub lagi nipis dari tayar luar....so...koyakan pada tiub besar dan sememangnya angin keluar menderu2 la.......
Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan.
Bajet Tukar Tubeless
Tayar tubeless (heavy duty) RM130 sepasang + Sport Rim RM110 sepasang (tayar depan dan belakang). Total cuma RM240
Rim biasa tak boleh pakai tayar tubeless. Kalau guna tayar tubeless mesti guna sport rim. Tak kisah la berapa spike korang nak yang penting sport rim.. Pemilihan sport rim bertayar tubeless lebih selamat untuk tunggangan seharian. Penggunaan sport rim lebih ringan sebenarnya meningkatkan kuasa motosikal kerana peningkatan nisbah kuasa-ke-berat (power-to-weight ratio). Kuasa yang sedia ada dapat menggerakkan motosikal dengan lebih baik kerana berat bebanan keseluruhan menurun .

Kesimpulannya, saya nasihatkan semua sahabat yang kerap bermotosikal bertukarlah kepada tayar tubeless. Very cost-effective! InsyaAllah.
Tire Guard sealant dimasukkan kedalam tube/tubeless melalui lubang angin. cairan Tire Guard sealant akan meliputi dalam tayar dan membentuk sebuah lapisan yang melindungi tayar dari dalam.

Memang kalau guna Tire Guard sealant ni kita tak sedar pun tayar kiter bocor tercucuk paku ke, skrew ke duri ke, dawai kerr..bila bocor jer terus tampal automatik memang berkesan mencegah kebocoron tayar.. Satu botol sealant untuk satu tayar jela..kalo 2 tayar 2 botol lah. sealant ni untuk kemudahan di kala kita tak jangka..Cuma tayar berat la sikit sebab ade liquid sealant dalam tayar kan.
Duit boleh cari, keselamatan yang paling penting. Tinggalkanlah teknologi lama (yang dicipta sejak tayar dicipta), beralihlah kepada tubeless lebih selamat lagi
No comments:
Post a Comment